Cari @ Amanz

Lebih 700 Juta Jam Kandungan YouTube Di Tonton Melalui Televisyen Setiap Hari

Oleh Aman

Link Copied!

YouTube merupakan perkhidmatan video yang popular di peranti mudah-alih dan komputer, termasuk pada kaca televisyen. Melalui data yang dikongsikan oleh YouTube, pada Januari 2022, secara purata, setiap hari kandungan berjumlah 700 juta jam ditonton melalui kaca televisyen sahaja.

Angka ini tidak termasuk tontonan pada skrin telefon dan komputer. Selari dengan perkembangan sihat ini, pihak YouTube dijangka akan terus memfokuskan kepada pengoptimasian kandungan untuk kaca televisyen, selain ciri-ciri menarik padanya.

Sebelum ini, mereka sedia menawarkan ciri seperti 4K+ untuk YouTube TV, dan kita mungkin akan melihat lebih banyak ciri baharu pada tahun ini.


Komen ()