Carian
Intel Mengumumkan Cip Melombong Kripto Yang Lebih Mesra Alam
February 14, 2022 Effi Saharudin

Sama ada anda suka ataupun tidak, kripto ialah teknologi yang mendapat perhatian ramai sekarang bersama dengan metemesta. Impak kripto dapat dilihat dengan semakin ramai selebriti mengumumkan pembelian NFT dan terpalit juga dengan skandal penipuan kripto. Kerana kripto tidak akan pergi meninggalkan kita, usaha perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu utama pelombonga iaitu penggunaan tenaga yang tinggi.

Intel telah mengumumkan cip khusus mereka akan dilancarkan tahun ini. Cip ini menurut Intel mempunyai prestasi 1000% lebih baik untuk setiap Watt berbanding GPU semasa untuk melombong kripto menggunakan algoritma SHA-256. Antara pelanggan awal cip ini ialah Argo Blockchain, BLOCK dan GRIID Infrastructure.

Custom Compute Group turut telah ditubuhkan di Intel dengan tujuan membina cip khusus mengikut keperluan pelanggan yang memerlukannya bagi tugasan rantaian blok dan adikomputer.

Komen