Cari @ Amanz

Terdahulu, kerajaan telah memaklumkan yang mana penerima vaksin Sinoviac digesa untuk mengambil dos penggalak secepat mungkin sebelum penghujung Februari 2022. Sekiranya ia tidak dilakukan, status vaksinasi lengkap pada aplikasi MySejahtera akan ditarik balik selepas 1 Mac 2022.

Bagi memudahkan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia memetik satu perkongsian di Facebook rasminya kini menyatakan dos penggalak Sinovac tanpa temujanji boleh didapati bermula hari ini, 14 Februari 2022. Ianya tersedia secara percuma di semua PPV Offsite di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sehubungan dengan itu, mana-mana penerima vaksin yang layak dan mahu mendapatkan vaksin jenis Sinovac kini boleh membuat semakan penuh senarai PPV di laman ProHealth. Namun begitu, KKM lebih menggalakkan penerima untuk mengambil vaksin Pfizer untuk kesan tahap pelindungan yang lebih baik.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd