Lamborghini Mahu Kekal Mengeluarkan Kereta Dengan Enjin Pembakaran Dalam Selepas 2030

Diterbitkan pada Feb 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjelang 2030, semua syarikat automotif di Kesatuan Eropah diwajibkan menukarkan semua kereta enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dengan motor elektrik sebagai langkah untuk memastikan persekitaran alam terjaga dan untuk mengurangkan impak pemanasan global.

Terkini, Lamborghini dilihat mahu kekal mengeluarkan kereta dengan enjin pembakaran dalam tersebut selepas tempoh waktu tersebut, walaupun mereka akan melancarkan kereta motor elektrik pertama mereka pada tempoh waktu yang sama.

Syarikat-syarikat seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya semua dilihat akan menukarkan penawaran kenderaan mereka kepada kereta elektrik menjelang 2030, tetapi Lamborghini nampaknya tidak mahu berputus asa dan dilihat akan mencuba pelbagai cara untuk menawarkan kereta dengan enjin petrol.

CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata bahawa salah satu cara ialah untuk menggunakan minyak sintetik yang akan mengurangkan pelepasan asap ke udara, tetapi sehingga kini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakan mereka akan menjadikan konsep ini sebagai sebuah realiti.

Penggunaan motor elektrik dilihat bukan sahaja akan mengurangkan prestasi kereta-kereta supercar ini, tetapi pengalaman seperti enjin yang mengaum kuat juga akan menjadi satu kenangan masa silam kerana motor-motor elektrik sangat senyap apabila dipandu di jalan.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami