Mark Zuckerberg Kini Tidak Lagi Tersenarai Dalam 10 Manusia Terkaya Dunia

Diterbitkan pada Feb 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak awal bulan Februari ini, ia memperlihatkan Meta atau dulu dikenali dengan nama Facebook terkesan dari segi nilai syarikat. Hal ini kerana sahamnya yang jatuh mendadak selepas Facebook mencatatkan penurunan hanya satu juta pengguna aktif harian.

Perkara ini membawa kepada pelbagai spekulasi – bertambah dengan perbelanjaan Meta dalam kajian dan pembangunan metamesta yang agak tinggi. Disebabkan ini, harga saham jatuh dari hari ke hari – ini sekaligus membawa kepada nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun.

Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg mempunyai pegangan sebanyak 14.2% pada syarikat Meta, dan sebelum ini sedia menduduki 10 tangga teratas manusia terkaya dunia. Namun, disebabkan hal ini, nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun, dan kini menduduki tangga ke-12, dengan jumlah nilai kekayaan sebanyak $83.1 bilion.

komen


© Amanz / 2022 Kami