Fungsi-Fungsi Kamera Ini Yang Diburu Oleh Penggemar Fotografi

Diterbitkan pada Feb 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

vivo V23 5G baru-baru ini telah menjadi tumpuan orang ramai dengan rekaan kerangkanya yang boleh berubah-ubah warna. Seperti yang kita semua sedia tahu, selain rekaannya yang menarik, telefon pintar daripada vivo kebanyakannya memfokuskan kamera. Pelbagai ciri menarik yang disertakan pada vivo V23 5G ini dan ini adalah antara fungsi-fungsi penggambaran yang ada pada telefon pintar ini bersama cara penggunaannya.

Sokongan Kamera Yang Ditawarkan

vivo V23 5G ini hadir dengan sokongan kamera yang menggabungkan lensa 64MP untuk kamera utama, 8MP untuk rakaman sudut lebar, dan 2MP untuk rakaman makro. Manakala bagi kamera hadapannya pula, ia dibina dengan dwi-kamera yang menggabungkan lensa 50MP bersama 8MP. Cip pemprosesan yang digunakan pula adalah MediaTek Dimensity 920 yang mana ia juga sedikit-sebanyak turut membantu untuk menghasilkan rakaman yang lebih baik.

Bahagian Tetapan

Selain tetapan pemasa (timer), terdapat juga tetapan lain yang boleh dibuat seperti tetapkan pilihan nisbah gambar iaitu 1:1, 4:3, 16:9 atau nisbah penuh skrin (Full). Kemudian ada juga pilihan samada untuk aktifkan fungsi :

Framing Lines : grid pada skrin sebagai panduan untuk merakamkan gambar berdasarkan prinsip Rule of Thirds.

Level Meter : garis panduan untuk menentukan gambar yang diambil dalam keadaan senget ataupun tidak.

Effect Master : untuk melaraskan kecerahan dan aperture gambar dengan segera sebelum rakaman diambil.

Motion Autofocus : Merupakan fungsi untuk mengaktifkan AI Eye Autofocus, Body Autofocus atau Object Autofocus bergantung kepada subjek rakaman anda pada ketika itu.

Rakaman Swafoto

Memandangkan kamera telefon pintar ini dilengkapi dengan sensor 50MP bersama teknologi piksel ISOCELL 3.0, kamera hadapannya berupaya untuk merakamkan gambar dengan lebih jelas dengan pewarnaan yang jitu. Walaupun terdapat sedikit kesan seperti mod kecantikan hasil bantuan AI yang diletakkan pada hasil gambar swafoto yang diambil, namun ia tidaklah terlalu berlebihan dan kelihatan lebih semulajadi. Terdapat beberapa fungsi yang membantu anda untuk menghasilkan rakaman swafoto yang lebih baik, terutama sekali pada waktu malam.

Dual-Tone Spotlight : Sesuai digunakan untuk penggambaran malam atau jika anda berada di persekitaran yang malap. Ia merupakan fungsi lampu tambahan yang boleh diaktifkan apabila diperlukan. Terdapat beberapa jenis spotlight yang boleh digunakan, iaitu Auto, Aura, Spotlight yang berwarna Cold White, warna lalai (default), atau Warm Yellow. Untuk mengaksesnya, anda perlu aktifkan kamera hadapan, sentuh pada ikon flash di bahagian kiri atas anda dan pilih jenis Spotlight yang diinginkan.

Super Wide-Angle Night Selfie : kamera swafoto vivo V23 5G ini menyokong rakaman sudut ultra lebar seluas 105 darjah. Melaluinya anda boleh merakamkan pemandangan malam dengan lebih luas hasil bantuan algoritma mod malam dan juga Spotlight.

Rakaman Kamera Belakang

Di bawah merupakan hasil rakaman menggunakan kamera belakang vivo V23 5G yang mana ia turut dibantu oleh beberapa fungsi:

Portrait framing : Fungsi ini memberi panduan merakam gambar daripada sudut yang baik berdasarkan prinsip Rule of Thirds.

Motion Autofocus : Mudah untuk fokuskan rakaman di bahagian muka walaupun anda sedang memakai pelitup muka. Untuk aktifkan anda perlu ke bahagian Tetapan > Motion Autofocus > pilih cara mengesan pergerakannya.

Bokeh Flare Portrait : Fungsi ini membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman potret malam dengan mengaburkan latar belakang secara automatik untuk menyerlahkan subjek utama di dalam gambar. Rakaman ini dapat menghasilkan efek kabur cahaya lampu seakan cahaya neon dan melaluinya, terdapat beberapa jenis bentuk yang anda boleh pilih, iaitu bentuk bulat biasa, hati, rama-rama dan juga bunga sakura.

Double Exposure : sesuai digunakan jika anda ingin menjadi lebih kreatif kerana fungsi membolehkan dua hasil rakaman digabungkan menjadi satu sekaligus membuatkannya lebih menarik. Untuk menggunakannya, anda perlu ke bahagian More > Double Exposure > pilih gambar latar yang diinginkan > ambil gambar anda untuk ditindihkan ke atasnya.

Sokongan Video

Anda boleh memilih resolusi rakaman video anda, samada hendak menggunakan resolusi 720p, 1080p dan 4K pada kadar 30fps atau jugaa 60fps. Terdapat juga mod penstabilan yang biasa atau Ultra, bergantung kepada situasi rakaman persekitaran anda samada anda sedang berada di posisi yang stabil ataupun tidak.

Mod Film : membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman video dengan dengan lebih baik.

Dual-View Video : mod ini akan mengaktifkan kamera hadapan dan kamera belakang dalam satu masa yang sama. Bentuknya juga boleh dipilih, samada ingin menggunnakan versi segi empat biasa, bulat atau juga bentuk hati. Memang sesuai jika anda sering merakam vlog.

Kesimpulan

Jika anda seorang yang mementingkan spesifkasi kamera, anda boleh pertimbangkan untuk meletakkan model vivo V23 5G ini di dalam senarai pembelian. Ini kerana selain keupayaan kameranya, anda juga boleh menikmati spesifikasi yang baik hasil janaan cip Dimensity 920 yang menyokong kadar segar semula 90Hz dimana anda boleh menikmati pengalaman permainan yang lebih lancar dan menyoronokkan. Dengan vivo v23 5G ini juga anda dapat menikmati ruangan memori yang boleh diperluaskan menjadi 12GB+4GB RAM serta mempunyai bateri berkapasiti 4200mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Jadi, sekiranya anda berminat dengan vivo V23 5G ini, ia boleh dibeli pada harga RM2,099 sahaja untuk pasaran tempatan dan anda boleh dapatkannnya melalui pengedar-pengedar rasmi vivo di seluruh Malaysia. vivo juga telah menganjurkan satu pertandingan yang membolehkan anda untuk memenangi beberapa hadiah menarik seperti 3 unit Philips GoPure Car Purifier sebagai hadiah utama, dan 8 kad hadiah Lazada bernilai RM100 sebagai hadiah berikutnya.

Anda hanya perlu rakamkan satu video pendek menggunakan mana-mana mod yang tersedia pada vivo V23 5G atau mana-mana peranti vivo yang anda miliki dan muat naiknya ke Facebook atau Instagram dengan kapsyen “Inilah saya…” bersama #vivoV235G, #vivoV23Series, #BeAuthenticBeYou, dan juga #InilahSayaRightNow. Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan ini tetapi belum memiliki peranti vivo lagi, inilah masa terbaik untuk membeli vivo V23 5G. Pertandingan ini telahpun berlangsung sehingga 6 Mac ini dan jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik daripada vivo sementara pertandingan masih lagi berlangsung.

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami