Cari @ Amanz

RHB ‘Get Your Hack On’: Data Edition 2022 (Datathon) telah melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan menyaksikan rekod baharu tercipta. Di mana, program kali ini berjaya menarik minat lebih daripada 270 pelabur secara keseluruhannya dalam memacu transformasi pendigitalan perkhidmatan perbankan RHB yang lebih baik kepada para pelanggan.

Program kali ini mengkhususkan kepada aspek inovasi dan penyelesaian digital dalam menyediakan pengalaman perbankan lebih baik selain menawarkan perkhidmatan lebih bernilai tambah. Melaluinya, terdapat lima jenis permasalahan yang direka khusus bagi mencabar para peserta untuk membangunkan penyelesaian baharu dalam meningkatkan kemudahan perbankan digital dengan lebih menyeluruh.

Team Sachdave memenangi Hackathon dengan solusi mereka yang berupaya memproses dan mempelajari bancian orang ramai, walapun bancian tersebut menggunakan bahasa harian dan bahasa pasar yang diberikan oleh pengguna. Menerusi keputusan bancian tersebut, penemuan serta analisis data tersebut akan dihantar kepada pasukan yang bertanggungjawab untuk mengendalikannya. Mereka telah meenangi RM 10,000 tunai, beserta USD 800 kredit AWS, serta trofi dan sijil.

Pada awalnya, program memperlihatkan sebanyak 101 pasukan yang mengambil bahagian secara keseluruhannya. Kemudian, persaingan sengit pada acara kemuncak pula membabitkan 15 pasukan yang disenarai pendek telah bersaing untuk merebut hadiah lumayan berupa wang tunai dan peluang untuk diintegrasikan ke dalam pelbagai tawaran digital RHB.

Sementara itu, RHB turut memaklumkan pelaburan terhadap bakat dan kemahiran yang betul menjadi faktor utama kejayaannya dalam usaha memperkasakan lagi segmen sebegini. Pada masa sama, RHB bakal meneruskan fokusnya dalam pelan transformasi digital dengan sasaran untuk mencapai 95% transaksi digital menjelang tahun 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd