Carian
Teleskop James Webb Menghantar Gambar Dan Swafoto Pertama
February 14, 2022 Effi Saharudin

Teleskop angkasa James Webb telahpun tiba di titik L2 yang terletak 1.5 juta kilometer dari bumi setelah melakukan perjalanan selama sebulan. Ia kini memulakan fasa ujian untuk memastikan kesemua sistem berfungsi dan memfokuskan lensa teleskop. Minggu lalu NASA telah berkongsi dua gambar pertama yang diambil oleh James Webb.

Gambar pertama yang diambil ialah sebuah bintang tetapi kerana lensa teleskop belum ditentukur, ia kelihatan seperti terdapat lebih daripada satu bintang. Kemudian James Webb turut mengambil satu swafoto untuk memudahkan proses memfokuskan lensa. Proses memfokuskan lensa ini adalah kompleks kerana lensa terdiri daripada 18 kepingan cermin berbentuk heksagon. Luasa permukaan lensa pula sebesar gelanggang tenis.

Dengan lensa yang lebih besar dan sensor infra merah, James Webb mempunyai kemampuan meneropong lebih jauh ke angkasa lepas berbanding Hubble. NASA berharap dapat mempelajari lebih banyak mengenai asal usul alam semesta dan menjadi eksoplanet yang boleh duduki manusia menggunakan James Webb.

Komen