Cari @ Amanz

Samsung telah pun memperkenalkan siri Galaxy S22 secara rasminya, dan bersama pengenalan tersebut, Samsung mengintegrasikan keluarga Galaxy Note ke Galaxy S22, sekaligus menamatkan siri Galaxy Note secara rasminya.

Selari dengannya, kini pihak Samsung mengesahkan yang mana mereka akan memfokuskan siri Galaxy S pada awal tahun, dan diikuti siri telefon boleh-lipat pada pertengahan kedua tahun.

Samsung mengatakan akan mengekalkan strategi dwi-peranti ini sehinggalah kepada inovasi seterusnya.

Dengan pengenalan siri Galaxy S22 ini, kini ramai peminat Samsung akan menantikan pengenalan siri Galaxy A pada pertengahan pertama, sebelum menantikan Galaxy Z Flip 4 dan juga Z Fold 4 pada pertengahan kedua 2022 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd