India Mengharamkan 54 Lagi Aplikasi Termasuk Permua Popular Free Fire

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang dingin di antara India dan China masih belum surut walaupun telah berlarutan sejak 2020. Pertempuran d iantara tentera kedua-dua negara di sempadan Himalaya menyebabkan India mengambil langkah drastik mengharamkan aplikasi dari pembangun China atas sebab mengelakkan intipan dan menyebabkan komponen peranti sukar memasuki sempadan.

Senarai aplikasi dari China yang diharamkan meningkat sebanyak 54 lagi dan antara yang terkesan ialah permua Free Fire. Pengharaman Free Fire ini adalah agak aneh kerana aplikasi dibangunkan di Singapura. Free Fire kini berkongsi nasib dengan aplikasi popular TikTok, PUBG Mobile, WeChat, WeTV, AliExpress dan Arena of Valor yang diberikan pengharaman kekal oleh kerajaan India. Senarai aplikasi-aplikasi baharu yang diharamkan adalah seperti di bawah membawa jumlah keseluruhan melebihi 200 aplikasi.

  1. AppLock
  2. Astracraft
  3. Badlanders
  4. Barcode Scanner – QR Code Scan
  5. Beauty Camera: Sweet Selfie HD
  6. Beauty Camera – Selfie Camera
  7. CamCard for SalesForce Ent
  8. Conquer Online Il
  9. Conquer Online – MMORPG Game
  10. CuteU: Match With The World
  11. CuteU Pro
  12. Dual Space – 32Bit Support
  13. Dual Space – 64Bit Support
  14. DualSpace Lite – 32Bit Support
  15. Dual Space Lite – Multiple Accounts & Clone App
  16. Dual Space Pro – 32Bit Support
  17. Dual Space Pro – Multiple Accounts & App Cloner
  18. Equalizer & Bass Booster – Music Volume EQ
  19. Equalizer – Bass Booster & Volume EQ & Virtualizer
  20. Equalizer Pro – Volume Booster & Bass Booster
  21. EVE Echoes
  22. Extraordinary Ones
  23. FancvU – Video Chat & Meetup
  24. FancyU pro – Instant Meetup through Video chat!
  25. FunChat Meet People Around You
  26. Garena Free Fire – Illuminate
  27. IS/APUS Security HD (Pad Version)
  28. Isoland 2: Ashes of Time Lite
  29. Lica Cam – selfie camera app
  30. Live Weather & Radar – Alerts
  31. MoonChat: Enjoy Video Chats
  32. MP3 Cutter – Ringtone Maker & Audio Cutter
  33. Music Player – Equalizer & MP3
  34. Music Player – MP3 Player
  35. Music Player- Music.Mp3 Player
  36. Music Plus – MP3 Player
  37. Nice video baidu
  38. Notes- Color Notepad, Notebook
  39. Onmyoji Arena
  40. Onmyoji Chess
  41. Parallel Space Lite 32 Support
  42. Real: Go Live. Make Friends
  43. Real Lite -video to live!
  44. Rise of Kingdoms: Lost Crusade
  45. Small World-Enjoy groupchat and video chat
  46. Stick Fight: The Game Mobile
  47. Tencent Xriver
  48. Twilight Pioneers
  49. UU Game Booster-network solution for high ping
  50. Video Player Media All Format
  51. Viva Video Editor – Snack Video Maker with Music
  52. Voice Recorder & Voice Changer
  53. Volume Booster – Loud Speaker & Sound Booster
  54. Wink: Connect Now

Sumber Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami