Cari @ Amanz

Di tahun 2022, adalah hampir mustahil untuk mempunyai URL laman web peribadi yang dikehendaki kerana semuanya sudah diambil. Had aksara juga membuatkan proses mendapatkan URL laman yang bagus menjadi sukar. Opera hari ini mengumumkan kerjasama dengan Yat untuk menyokong URL yang hanya menggunakan emoji.

Pengguna boleh memilih kombinasi emoji sebagai ganti alamat URL standard selepas dipadankan dengan sistem yang digunakan oleh Yat. Opera kemudiannya boleh digunakan untuk terus ke URL berasaskan emoji ini. Antara selebriti yang mempunyai URL lama web berasaskan emoji ialah Lil Wayneโ€™sย (๐Ÿ‘ฝ๐ŸŽต) ,Steve Aokiโ€™s (y.at/๐ŸŽ‚๐ŸŽต) dan (Keshaย (y.at/๐ŸŒˆ๐Ÿš€๐Ÿ‘ฝ).

Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan Yat untuk memilih kombinasi emoji untuk laman web peribadi mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd