Oppo Umum Kerjasama Tiga Tahun Dengan Hasselblad Untuk Kamera Pada Siri Oppo Find X
February 15, 2022
Oppo
Aman
Oppo hari ini mengumumkan kerjasama dengan Hasselblad, dimana kedua-duanya akan membangunkan teknologi kamera bersama untuk siri Oppo Find X.
Kedua-dua jenama ini mengumumkan kerjasama selama tiga tahun. Untuk makluman, Hasselblad sedia bekerjasama dengan OnePlus – yang mana kini telah menjadi subsidiari penuh Oppo.

Oppo turut mengatakan mereka gembira kerjasama Hasselblad turut dapat dipanjangkan untuk kedua-dua jenama Oppo dan OnePlus. Melalui kerjasama Hasselblad, Oppo akan meneruskan pembangunan teknologi dalam menghasilkan rakaman dengan pewarnaan lebih asli dan semulajadi.
Telefon pintar pertama hasil kerjasama kedua-dua pihak ini akan hadir pada suku pertama 2022 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.