Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran fiber di Malaysia dengan kelajuan mencapai 1Gbps oleh beberapa penyedia. Bergerak kehadapan, pelbagai penyedia turut sedang menguji kelajuan rangkaian lebih pantas.
Maxis kini menjadi antara terawal mengumumkan mereka berjaya melakukan ujian teknologi 10G PON (Gigabit Passive Optical Network), sekaligus membolehkan Maxis mencapai kelajuan hampir 10Gbps pada rangkaian fiber generasi akan datang mereka.
Melalui ujian yang dilakukan di Menara Maxis, kelajuan berkenaan dicapai, sekaligus membolehkan muat-turun video 1GB dilakukan dalam masa kurang sesaat.
Maxis mengatakan pada hari ini, kebanyakkan pembangunan fiber berasaskan teknologi GPON menyokong kadar muat-turun sehingga 2.5GBps. Penyelesaiaan 10G PON dilihat merupakan penyelesaian terpantas untuk rangkaian teknologi optikal pasif, sekaligus menawarkan kelajuan lebih tinggi.
Dengan langkah ini, lebih banyak perkara dijangka akan dapat dinikmati. Apa pun, ia tidak diketahui lagi bilakah rakyat umum akan dapat menikmati kelajuan mencapai 10Gbps ini.