Sooka Kini Menawarkan Pelan Untuk TV – Berharga RM84.90 Sebulan

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sooka merupakan salah satu perkhidmatan penstriman tempatan, yang turut menyertakan akses untuk penstriman sukan. Selepas ditawarkan melalui peranti mudah-alih dan pelayar web sebelum ini, kini Sooka turut menambah penawaran khusus menyasarkan pengguna televisyen pintar.

Melalui pelan baharu yang dinamakan Sooka VIP TV ini, ia memberikan akses kepada kebolehan strim pada televisyen pintar, sekaligus membolehkan pengguna menonton sejumlah kandungan, termasuk kandungan sukan seperti Liga Perdana Inggeris, MotoGP, BWF Badminton, dan banyak lagi. Pelan baharu yang ditujukan untuk kaca televisyen pintar ini berharga RM84.90 sebulan.

Selain akses kepada kandungan sukan, ia turut memberikan akses kepada sejumlah kandungan khusus melalui Sooka. Buat masa ini, sokongan televisyen pintar ini hanya meliputi televisyen Sony dan Sharp berasaskan Android TV, menjalankan versi 8.0 dan ke atas sahaja.

Dengan pelan baharu ini, adakah anda akan melanggan Sooka untuk menikmatinya pada kaca televisyen?

Layari : Sooka

komen


© Amanz / 2022 Kami