Microsoft Surface Pro 8 Kini Boleh Dibeli Pada Harga Permulaan RM4950

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun lepas, Microsoft telah melancarkan tablet Surface Pro terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Pro 8 yang hadir dengan rekaan dan juga spesifikasi dalaman yang baru.

Terkini, Microsoft Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet Surface Pro 8 ini sudahpun memasuki pasaran tempatan dan boleh dibeli bermula hari ini.

Spesifikasi tablet Microsoft Surface Pro 8 ini termasuklah paparan skrin PixelSense bersaiz 13 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan juga sokongan teknologi paparan Dolby Vision dan juga Adaptive Color yang memberikan pengguna olahan warna yang lebih jitu.

Dari segi spesifikasi, model tablet Surface Pro 8 yang akan dibawa masuk ke Malaysia akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5, Intel Evo Core i5 dan Intel Evo Core i7, penawaran memori DDR4 dari 8GB ke 16GB dan storan SSD 128GB, 256GB dan 512GB.

Penawaran tablet Microsoft Pro 8 di Malaysia dan juga tanda-tanda harganya (tablet sahaja) adalah seperti berikut:

  • Microsoft Surface Pro 8 (Intel Core i5, 8GB RAM, 128GB SSD) – RM4950
  • Microsoft Surface Pro 8 (Intel Evo Core i5, 8GB RAM, 256GB SSD) – RM5250
  • Microsoft Surface Pro 8 (Intel Evo Core i5, 16GB RAM, 256GB SSD) – RM6490
  • Microsoft Surface Pro 8 (Intel Evo Core i7, 16GB RAM, 256GB SSD) – RM7350
  • Microsoft Surface Pro 8 (Intel Evo Core i7, 16GB RAM, 512GB SSD) – RM8750

Sama seperti pra-tempah untuk Microsoft Surface Laptop Studio, tablet Microsoft Surface Pro 8 boleh dibeli di kedai-kedai pengedar peranti Microsoft seperti All IT, Thundermatch, Harvey Norman dan kedai atas talian Microsoft Malaysia bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami