NVIDIA Advanced Optimus Mempertingkatkan Kemampuan Grafik Komputer Riba

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

NVIDIA memperkenalkan sistem Advanced Optimus bagi mempertingkatkan lagi kemampuan grafik komputer riba dan mengurangkan masa pendam semasa menjalankan permainan video. Advanced Optimus ialah penambahbaikan untuk sistem NVIDIA Optimus yang diperkenalkan sebelum ini. Menerusinya komputer boleh memilih untuk menggunakan GPU terbina atau GPU diksrit NVIDIA yang dalam komputer riba mengikut keperluan.

Advanced Optimus hadir dengan suis dinamik yang membolehkan GPU diskrit terus disambungkan kepada skrin komputer. Sebelum ini GPU yang sama dikawal menerusi GPU terbina dan ini meningkatkan masa pendam dan mengurangkan prestasi permainan video. Ia juga membolehkan sokongan G-Sync diberikan.

Ciri Advanced Optimus kini disokong pada kad grafik NVIDIA GeForce siri RTX 30 yang dikeluarkan oleh Acer, Alienware, ASUS, Clevo, Dell, Gigabyte, HP, Lenovo, MSI, danRazer.

komen


© Amanz / 2022 Kami