Aplikasi Expert RAW Akan Menyokong Lebih Banyak Peranti Samsung Bermula 25 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Aplikasi kamera Expert RAW membuka lebih banyak kawalan yang lebih mendalam pada kamera peranti S21 Ultra dan S22 Ultra. Ciri ini menyasarkan pengguna lebih celik mengenai fotografi yang ingin mengawal kamera pada peranti Samsung seperti sebuah kamera digital biasa. Menurut laporan Sammobile, pada 25 Februari ini aplikasi Expert RAW akan diberikan kepada lebih banyak peranti Samsung.

Ini adalah menerusi komen yang ditinggalkan moderator forum Samsung di Korea Selatan. Beliau mengatakan ia akan hanya diberikan kepada peranti kelas mercu yang dikeluarkan sejak dua tahun yang lalu sahaja. Jadi mungkin ia akan disokong pada Z Fold3, Z Flip3, Note20 Ultra dan S20 Ultra.

Semasa S22 Ultra dilancarkan, Samsung mengatakan Expert RAW telah ditambah baik untuk menyokong kesemua lensa kamera berbanding hanya kamera utama pada S21 Ultra sebelum ini. Expert RAW bolehlah dilihat sebagai jawapan Samsung kepada aplikasi Photo Pro yang diberikan pada Sony Xperia 1 II.

komen


© Amanz / 2022 Kami