Cari @ Amanz

Motorola telah mengumumkan sebuah peranti boleh-pakai di leher dengan kemampuan 5G yang menguasakan peranti realiti terimbuh XR. Peranti berbentuk empat segi ini digantung pada leher bagi menjadi “otak” kepada kaca mata XR seperti Lenovo ThinkReality A3.

Dengan adanya peranti boleh-pakai ini pengeluar boleh memberikan tumpuan kepada penghasilan set kepada XR yang ringan dan selesa dipakai oleh pengguna. Kesemua keperluan memproses dan bateri boleh dipindahkan dari set kepala ke peranti yang disarungkan di leher.

Peranti ini terdiri daripada komponen hadapan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1, pad sesentuh, bateri 5000 mAh dan hanya seberat 100 gram. Di belakang pula terdapat sebuah lagi komponen yang mengandungi antena dan speaker seberat 75 gram. Tali yang disarungkan pada leher turut berfungsi sebagai antena. Walaupun direka untuk digunakan dengan ThinkReality A3, Motorola berkata set kepala yang selama ini memerlukan sambungan kepada telefon pintar turut boleh menggunakannya dengan sokongan sambungan USB-C dan DP1.4.

Sumber Engadget

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd