Guna Chrome? Kemaskini Pelayar Web Anda, Atasi Masalah Sekuriti Baharu!

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah pun mengeluarkan kemaskini baharu untuk Chrome, mengatasi masalah kerentanan yang sedang aktif disalah-guna untuk serangan siber.

Versi terbaru Chrome yang ditawarkan ini adalah Chrome 98.0.4758.102. Ia menawarkan kemaskini melibatkan sejumlah ciri, termasuk Webstore API, penggunaan GPU, berkaitan animasi, dan juga File Manager.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh mengemaskini pelayar web, sekaligus mengatasi kerentanan dan masalah sekuriti – sekaligus memastikan pelayaran web anda sentiasa selamat.

komen


© Amanz / 2022 Kami