Cari @ Amanz

Google kini telah memperluaskan penawaran telefon pintar terbaru mereka, iaitu Pixel 6 dan juga Pixel 6 Pro untuk pasaran Singapura. Dengan langkah ini, rakan kita di negara jiran boleh mendapatkan telefon mercu terbaru Pixel tanpa perlu mengimportnya.

Google Pixel 6 dan 6 Pro hadir dengan cip Google Tensor tersendiri, selain dilengkapi dengan sokongan kalis air, pengimbas cap jari bawah skrin, dan menawarkan pengalaman Android yang dioptimasikan oleh Google.

Di Singapura, Pixel 6 ditawarkan pada harga SGD999, iaitu sekitar RM3100, sementara Pixel 6 Pro pula pada harga SGD1299, iaitu sekitar RM4042.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd