Cari @ Amanz

Aleksey Leonov  menjadi angkasawan pertama yang berjaya berjalan di luar kapal angkasa pada tahun 1965. Selama ini kesemua misi dengan krew berjalan di luar kapal angkasa dilakukan oleh agensi negara. Misi Polaris Dawn yang akan dilakukan pada suku keempat 2022 ingin menjadi yang pertama dilakukan oleh orang awam.

Billionwan Jared Isaacman mengesahkan beliau dan tiga lagi anak kapal akan cuba memecahkan rekod ini dan juga orbit paling jauh dari bumi kelak. Rekod semasa dipegang oleh krew Gemini 11 pada tahun 1966 yang mencapai ketinggian orbit 1373 km. Tahun lalu Jared Isaacman telahpun memegang rekod sebagai antara krew Inspiration4 yang kesemuanya terdiri daripada orang awam.

Dalam misi seterusnya menggunakan kapal angkasa Dragon oleh Space X ini, krew Polaris Dawn turut akan menguji sut aktiviti luar kenderaan (EVA) yang direka oleh SpaceX. Sut ini adalah berbeza dengan sut yang dipakai oleh angkasawan SpaceX sebelum ini kerana perlu lebih tahan lasak dan memastikan krew selama ketika berada di luar Dragon.

Beberapa ujikaji sains seperti melihat kesan radiasi ke atas tubuh angkasawan dan mengumpul data untuk Spaceflight Associated Neuro-Ocular Syndrome (SANS) turut akan dilakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd