Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, apabila anda menyukai sesuatu Instagram Stories, ia secara automatik akan menghantar sebuah mesej kepada penerbit kandungan IG Stories berkenaan. Kaedah ini boleh dikatakan tidak disukai ramai, sekaligus membuatkan ada pengguna yang tidak berinteraksi dengan sesuatu IG Stories.

Namun, perkara berkenaan akan berubah melalui kemaskini baharu yang ditawarkan bermula hari ini.

Instagram memanggilnya “Private Story Likes”. Melalui perubahan ini, tiada lagi DM akan dihantar apabila IG Stories seseorang pengguna disukai. Sebaliknya, Instagram akan sekadar menghantar notifikasi biasa sahaja, yang boleh diakses melalui sebuah ikon khas.

Dengan langkah ini, Instagram menyasarkan pengguna akan menggunakan DM untuk komunikasi lebih utama, dan tidak memenuhkan bahagian DM dengan notifikasi yang tidak diperlukan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd