Facebook sedia terkenal dengan penawaran garis masa perkongsian pada halaman utama mereka, yang dipanggil sebagai News Feed. Kini, selepas lebih 15 tahun popular dengan ciri berkenaan, Facebook kini menjenamakan semula ia kepada hanya “Feed”.
Buat masa ini, ia hanya sekadar perubahan nama, dan tiada sebarang perubahan lain. Hal ini kerana pada halaman berkenaan, pelbagai kandungan dikongsikan, dan bukan hanya berita semata-mata.
Ini juga mungkin sebahagian daripada peralihan dimana Facebook lebih mengutamakan perkongsian dari kawan dan keluarga pada halaman utama – sementara perkongsian dari Pages dan laman berita dihadkan pada Feed utama.
Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan perubahan nama ini? Adakah ia lebih baik, atau bagaimana?