Google Membawa Chrome OS Ke PC Dan Mac Lama Melalui Chrome OS Flex

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google hari ini memperkenalkan Chrome OS Flex, iaitu sebuah variasi Chrome OS yang direkabentuk untuk dijalankan pada komputer PC dan juga Mac lama.

Dengan langkah ini, pengguna tidak perlu membuang komputer atau Mac selepas ia ditamatkan sokongan, sebaliknya boleh memasang Chrome OS Flex, dan meneruskan penggunaannya.

Chrome OS Flex membawakan pengalaman yang sama seperti Chrome OS – yang mana terkenal sebagai “sistem operasi berasaskan pelayar web”. Ia amat sesuai untuk generasi yang bekerja sepenuhnya menggunakan pelayar web sahaja dalam melakukan pelbagai tugasan hari ini.

Buat masa ini, Chrome OS Flex masih pada peringkat awal lagi, dan bagi yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman Chrome Enterprise hari ini. Google mengatakan sistem operasi ini boleh dipasang dalam hanya beberapa minit sahaja pada komputer atau Mac lama. Bagi anda yang mempunyai komputer atau Mac lama, boleh mencubanya hari ini!

komen


© Amanz / 2022 Kami