Windows 11 Dikemaskini Dengan Menyertakan Sokongan Aplikasi Android

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini telah mula menawarkan kemaskini untuk Windows 11 dengan sejumlah ciri-ciri baharu, dan paling menarik adalah kebolehan menjalankan aplikasi Android terus pada komputer anda.

Untuk menjayakan perkara ini, Windows 11 kini membolehkan pengguna memasang aplikasi dari Amazon Appstore – melalui Microsoft Store.

Buat masa ini, aplikasi yang disokong masih terhad, sekitar 1000 aplikasi. Tetapi, angka berkenaan dijangka akan bertambah dari hari ke hari – selain mana pengguna turut boleh memilih memasang aplikasi secara manual melalui beberapa kaedah.

Pemasangan aplikasi Android turut hadir dengan integrasi ciri Windows 11, seperti boleh ditetapkan ke kiri dan kanan, selari dengan tetingkap lain.

Bagi anda yang menggunakan Windows 11, boleh nantikan kemaskini baharu ini di komputer anda, sekaligus menikmati aplikasi Android terus pada skrin komputer!

komen


© Amanz / 2022 Kami