Cari @ Amanz

OM System ialah nama syarikat fotografi yang muncul dari debu Phoenis selepas Olympus menjual perniagaan kelengkapan fotografi mereka. Selepas nama baharu diumumkan, OM System berkata sebuah kamera digital M4/3 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hari ini OM System OM-1 akhirnya dilancarkan dengan M4/3 20.4 megapixel.

Kamera dilancarkan sempena menyambut ulang tahun ke-50 Olympus OM-1 yang menggunakan filem. OM System OM-1 dilengkapi juga dengan cip pemprosesan imej TruePic X, tahap sensitiviti cahaya sehingga ISO25,600, dan sistem pemfokusan 1,052 titik Cross Quad Pixel AF.

Sebanyak 10 bingkai gambar boleh diambil secara berterusan menggunakan pengatup mekanikal dan meningkat ke 120 bingkai sesaat menggunakan pengatup elektronik dalam mod AF-S. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4K 60p 10-bit dan meningkat ke FHD 240p.

Terdapat sebuah viewfinder OLED dengan 5.86 juta titik dan skrin LCD 3″ yang boleh diubah sudut pandangan mengikut keperluan jurugambar. Keseluruhan tubuh mempunyai kemampuan kalis debu dan air sehingga IP53. Dari segi sokongan kad memori pula, terdapat dua slot untuk kad SD UHS-11.

OM System OM-1 akan mula dijual pada bulan Mac pada harga $2200 (~RM9207) untuk tubuh sahaja dan $2800 (~RM11708) dengan lensa M.Zuiko Digital ED 12-40mm F2.8 Pro II .

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd