Grab memperkenalkan ciri “Scan to Order” yang boleh digunakan oleh golongan OKU pendengaran dan percakapan untuk memesan makanan di restoran dengan lebih mudah. Mereka hanya perlu mengimbas kod QR Scan to Order yang diletakkan di meja untuk melihat menu. Seterusnya pesanan dan pembayaran dilakukan terus dari dalam aplikasi.
Pesanan kemudiannya dihantar terus ke restoran sebelum makanan dihantar ke meja pelanggan. Antara perniagaan yang sudah memulakan sokongan ciri Scan To Order ini ialah Secret Recipe, KGB dan Kyochon.
Bagi memastikan keperluan OKU pendengaran dan percakapan dipenuhi, Grab bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia. Ini adalah satu lagi inisiatif untuk memperkasakan pengguna OKU oleh Grab yang sebelum ini membuka peluang kepada mereka untuk menjadi rakan penghantar dan pemandu perkhidmatan seru pandu.