Oppo mengesahkan kehadiran mereka di acara MWC Barcelona 2022 yang akan berlangsung di antara 28 Februari sehingga 3 Mac 2022. Di acara tersebut Oppo akan menggunakan tema “Shape the Future” bagi memperlihatkan produk-produk serta teknologi baharu yang telah dibangunkan oleh mereka.

Pelancaran produk terbaru akan dilakukan secara langsung pada 28 Februari yang besar kemungkinan adalah Oppo Find X5 dan Oppo Find N versi global yang pastinya dinantikan ramai. Selain itu kemajuan teknologi 5G serta realiti terimbuh AR turut akan dipertontonkan kepada yang menghadiri acara fizikal di Fira Gran Via, Barcelona. Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, sebuah ruang pameran maya boleh diakses bai memberikan pengalaman yang sama kelak.