Cari @ Amanz

Malam semalam, Sony telah hadir dengan pengumuman rasmi mengenai fon telinga terbaru mereka, iaitu Sony LinkBuds yang hadir dengan rekaan serba unik dan turut mempunyai fungsi-fungsi yang cukup menarik juga.

Sony LinkBuds hadir dengan rekaan tubuh putik audio berbentuk hemisfera dengan pemandu audio 12mm yang berlubang seperti kuih donat. Kerana rekaan terbuka digunakan, tiasa sokongan pembatalan hingar ANC diberikan tetapi ciri lain yang sinonim dengan Sony ditawarkan.

TWS ini juga dilengkapi cip pemprosesan Processor V1 untuk menawarkan pengalaman audio yang lebih baik. Sungguhpun rekaannya agak aneh serta berlubang, LinkBuds masih melepasi piawaian IPX4 untuk digunakan semasa bersukan.

Sony Malaysia baru sahaja mengemaskini laman web mereka dengan penawaran fon telinga terbaru ini, dan ia memperlihatkan tanda harga RM849, sedikit lebih tinggi daripada $180 yang ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Mereka juga baru sahaja mengumumkan bahawa fon telinga ini akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 17 Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd