Carl Pei Mula Mengacah Peranti Android Nothing Yang Mungkin Dijana Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Februari tahun lepas, Nothing iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Carl Pei bekas pengasas bersama OnePlus telah mengambil-alih hak milik untuk Essential. Iaitu syarikat yang menghasilkan peranti unik Essential PH-1 atau Essential Phone.

Selain daripada menerima dana daripada banyak syarikat gergasi teknologi dan selebriti, Qualcomm turut memberi dana sebanyak lebih RM200 juta. Langkah ini memberi maksud yang Nothing bakal hadir dengan telefon pintar tersendiri, yang mana mereka jangka akan tiba seawal tahun ini. Beberapa hari lepas, beliau turut bertanya kepada orang ramai mengenai sistem operasi Android mana yang digemari oleh semua.

Nothing

Baru-baru ini, Carl Pei telah menciap yang beliau telah kembali menggunakan peranti Android dan turut dilihat menggemari Android 12. Android dan Qualcomm turut membalas ciapan ini, memberi petanda yang telefon pintar pertama Nothing akan menjalankan Android dan dijana dengan cip Snapdragon.

Seperti TWS mereka Nothing Ear (1), telefon pintar mereka turut dijangka akan menggunakan rekaan lutsinar atau sekurang-kurangnya bertemakan minimalistik dan ringkas. Dengan beliau turut berkawan dengan pembangun di sebalik pelancar Ratio iaitu pencipta telefon Blloc, telefon mereka mungkin akan menjadi lain daripada yang lain.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai telefon pintar pertama Nothing.

komen


© Amanz / 2022 Kami