iPhone 6 Plus Kini Dikategorikan Sebagai Peranti Usang

Diterbitkan pada Feb 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah menyenaraikan iPhone 6 Plus sebagai peranti usang atau vintaj. Telefon pintar ini telah dilancarkan pada September 2014 yang lepas, dan dihentikan jualan selepas penjualan iPhone 7 Plus.

Walaubagaimanapun, iPhone 6 yang turut dilancarkan bersama iPhone 6 Plus masih belum disenaraikan sebagai produk usang atau vintaj.

Dengan langkah ini, Apple menghentikan perkakasan gantian untuk tujuan baik-pulih bagi peranti berkenaan. Apple menyediakan sokongan selama lima tahun sejak tarikh terakhir sesuatu produk dijual, dimana beberapa produk akan disokong sehingga 7 – bergantung kepada sokongan bahagian perkakasan untuknya.

Untuk iPhone 6 Plus sendiri, sokongan perisian untuknya telah dihentikan pada 2019 yang lepas – dan berkemungkinan angka pengguna iPhone 6 Plus adalah terlalu sedikit, atau mungkin sudah tiada.

komen


© Amanz / 2022 Kami