ViewQwest ialah salah satu syarikat pengendali rangkaian internet tempatan yang dikenali untuk menawarkan pelan internet untuk kawasan perumahan dan perniagaan di sejumlah kawasan-kawasan terhad.
Terkini, syarikat tersebut telah mengemaskini penawaran pelan internet jalur lebar untuk perniagaan mereka dengan menawarkan pelan 1Gbps dan 800Mbps yang boleh mula dilanggan bermula hari ini sehingga 31 Mei kelak dengan kontrak tiga tahun. Sewaktu 12 bulan pertama, pelanggan hanya perlu membayar RM338 sebulan, manakala untuk tempoh 48 bulan seterusnya, langganan tersebut akan meningkat sedikit dan pelanggan akan perlu membayar RM378 sebulan.
Ia juga hadir dengan pelan 48 bulan dimana sepanjang 12 bulan pertama pelanggan akan membayar RM348 sebulan, dan untuk 12 bulan seterusnya, mereka akan perlu membayar RM388 sebulan.
Dengan pelan ini, sambungan internet syarikat akan hadir dengan polisi zero traffic shaping, dimana semua peranti, perisian dan aplikasi yang disambungkan kepada sambungan internet ViewQwest akan dibahagikan secara sama-rata, manakala Latency-Based Routing menggunakan teknologi penghalaan pintar bagi mengoptimumkan prestasi rangkaian untuk perniagaan.
Dalam pada itu, pelanggan juga akan menerima sebuah penghala mesh WiFi6 Netgear Nighthawk MK62 yang boleh menyokong kelajuan kesemua pelan ViewQwest, dari 300Mbps sehinggalah ke kelajuan 1Gbps. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menerima akses kepada khidmat pelanggan korporat 24/7 dan bantuan seorang pengurus akaun yang akan menguruskan sebarang isu pelanggan secara individu.
Terkini, pelan 1Gbps dan 800Mbps boleh didapati di hab-hab komersial dan perniagaan utama di seluruh Lembah Klang dan juga Johor Bahru, termasuk Bangsar South, Mid Valley City, Aurora Place, Eco Ardence, KL Sentral dan Imazium Tower.
Sumber: ViewQwest