Cari @ Amanz

Rangkaian peranti pintar Realme kini menerima penawaran beberapa peranti baharu. Salah satu daripadanya adalah Realme 9 Pro+ dan buat julung kalinya Realme hadir dengan variasi Plus untuk peranti keluarannya. Selain daripada kebolehan kamera yang dipertingkatkan menerusi kamera 50MP Sony IMX766. Ia juga mengetengahkan kebolehan 5G terbina padanya menerusi sokongan mediaTek Dimensity 920.

Untuk spesifikasi khusus, ia menampilkan skrin Super AMOLED sebesar 6.4-inci dengan kadar segar semula mencapai 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 920 bersama memori mencapai 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bersama-sama dengannya, bateri 4,500mAh dengan pengecasan 60W SuperDart Charge turut sama disertakan. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong pembesar suara audio stereo untuk pengalaman audio lebih imersif.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (makro). Kamera ini turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti OIS + EIS dan AI Noise Reduction Engine 3.0 untuk hasil penggambaran lebih baik. Pada masa sama, fungsi Street Photography Mode 2.0 turut disertakan dengana beberapa penuras baru yang diberikan. Antaranya seperti Smart Long Exposure, 90s Pop Filter dan Peak and Zoom.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera hadapan 16MP, pengimbas cap jari pada skrin yang turut digunakan untuk pengimbas nadi, bicu audio 3.5mm, menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan sebagainya. Harga jualan Realme 9 Pro+ bermula Rs. 24,999 (~RM1,395) dan boleh didapati dalam beberapa pilihan warna seperti Sunrise Blue, Aurora Green serta Midnight Black.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd