Cooler Master GP27-FQS Adalah Monitor Mini-LED Mampu Milik – Menyokong 165Hz Dan DisplayHDR 1000

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cooler Master baru-baru ini telah pun melancarkan monitor pertama mereka dengan panel mini-LED. Ia adalah Cooler Master GP27-FQS dengan skrin bersaiz 27-inci dan resolusi 2560 x 1440 QHD.

Monitor ini adalah disasarkan untuk para pemain permainan video dengan menawarkan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz, masa tindak balas 1ms, menyokong Adaptive-Sync melalui AMD FreeSync Premium dan turut mempunyai jalur LED pada belakang monitor.

Untuk paparan, Cooler Master GP27-FQS menyokong 100% Adobe RGB, 97% DCI-P3, 83% BT2020 dan menyokong kecerahan sehingga 1200 nits. Ia turut diiktiraf sebagai paparan dengan DisplayHDR1000. Disebabkan mini-LED adalah alternatif kepada OLED dan juga merupakan pengganti kepada LCD tang lebih baik, panel IPS yang digunakan boleh menyokong sehigga 576 kawasan malap dengan nisbah kontras boleh mencapai sehingga 10,000:1

Port sambungan yang ditawarkan pula adalah 2x HDMI 2.1, 1x DP 1.4, 1x USB-C dengan sokongan 90W PD, 1x USB-B dan 2x USB-C tambahan. Monitor ini turut mempunyai pembesar suara terbina dengan dua pemacu audio 2W. Monitor ini turut boleh diubahsuai posisinya untuk sudut pandangan yang bersesuaian dengan pengguna.

Harga jualan Cooler Master GP27-FQS ini dijual pada $699, iaitu sekitar RM2,924. Ia adalah satu harga yang agak berbaloi untuk monitor mini-LED. Masih tiada khabar sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami