Jaguar Land Rover Akan Menggunakan Sistem Swapandu NVIDIA Drive

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat pengeluar kenderaan mula melihat sistem swapandu sebagai ciri yang perlu disertakan pada kenderaan bagi memberikan kelebihan dalam pasaran. Tetapi membangunkan platform kendiri menelan belanja yang tinggi dan oleh itu kerjasama dengan platform sedia ada adalah langkah paling efektif. Jaguar Land Rover mengumumkan kenderaan mereka akan menggunakan platform swapandu NVIDIA Drive bermula 2025.

Sistem swapandu NVIDIA Drive kelak akan mempunyai kemampuan swapandu Tahap 3 yang membolehkan di memandu di lebuh raya tanpa campur tangan manusia. Sistem akan digunakan kelak adalah berasaskan platform NVIDIA Drive Hyperion yang boleh mengawal kesemua sistem kereta dengan kecerdasan buatan dan SOC NVDIA Drive Orin sebagai pemproses utama.

Model yang akan menyokong sistem swapandu masih belum diumumkan kerana 2025 masih tiga tahu di hadapan. Walaupun NVIDIA lebih dikenali sebagai syarikat pengeluar GPU berkuasa tinggi, perniagaan sistem swapandu mereka adalah agak maju dan pernah digunakan pada kenderaan keluaran Tesla.

komen


© Amanz / 2022 Kami