Nubia Z40 Pro Akan Dilancarkan Pada 25 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nubia sebelum ini telah pun yang mereka bakal hadir dengan peranti mercu baharu yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 1. Peranti ini adalah Z40 Pro dan turut akan menggunakan sensor kamera serba baharu daripada Sony, iaitu IMX787 yang boleh mimik seakan lensa kamera 35mm.

Hari ini, Nubia di China telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi peranti ini. Nubia Z40 Pro akan dilancarkan pada 25 Februari akan datang.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan memori 16GB RAM, menjalankan Android 12 dan akan mempunyai sistem pengecasan magnetik seakan MagSafe daripada Apple.

Peranti ini juga akan kekal memfokuskan kepada fotografi, namun setakat apa yang mereka acah tidak pasti lagi sama ada mereka akan melancarkan Z40 biasa sekali atau hanya Z40 Pro. Nubia juga sudah lama senyap di pasaran global dan tempatan, jadi kehadiran peranti ini ke pasaran luar China masih menjadi tanda tanya.

Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami