Realme Mengacah Kehadiran Realme C35 Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Realme C merupakan barisan peranti yang selalunya memfokuskan kepada kebolehan jangka hayat bateri cukup baik, di samping prestasi harian yang memadai dengan segmen harga. Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme C35 bakal tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi sebagai pilihan baharu buat pengguna di Malaysia.

Peranti bagaimanapun telah dilancarkan di Thailand terlebih dahulu sekitar awal bulan Februari. Ia kelihatan agak berbeza dengan beberapa pendulunya kerana tubuh pada peranti kini rata dan berkotak. Setakat ini imej yang diacah sekadar menunjukkan rekaan tanpa sebarang butiran lain. Ini termasuklah mengenai tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi utama.

Namun begitu, sekiranya peranti adalah model yang sama dilancarkan di Thailand tempoh hari. Ia elak akan didatangkan dengan beberapa penawaran menarik utama seperti kamera 50MP dan bateri 5000mAh. Di samping itu, ia juga merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Unisoc T616. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemas kini lebih lanjut daripada Realme Malaysia berhubung perkara ini.

Sumber : Realme Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami