WhatsApp sejak tahun lalu telah banyak memperkenalkan ciri baharu yang menarik serta fungsi-fungsi hebat yang memudahkan lagi pengguna. Mereka bukan sahaja fokus pada iOS dan Android, malah turut memfokuskan kepada platform Windows untuk aplikasi mereka yang boleh dimuat turun di Microsoft Store.
Di gedung aplikasi ini, terdapat dua versi WhatsApp yang disenaraikan. WhatsApp yang biasa dan untuk yang ingin menguji ciri baharu WhatsApp Beta. Versi terkini yang baru sahaja diedarkan telah menawarkan ciri emoji baharu.
Pengguna kini tidak perlu bersusah payah mencari emoji yang ingin dihantar melali ruangan memilih emoji. Sebaliknya boleh menaip teks pintasan untuk lebih mudah. Pengguna hanya perlu taip teks seperti “:hello” atau kata kunci lain seperti “:happy” atau juga masukkan huruf permulaan sahaja dan akan muncul tetingkap terapung kecil untuk memilih emoji yang berkaitan.
Dalam ujian saya sebentar tadi, WhatsApp Beta ini tidak begitu stabil dan ada sedikit lengah masa. Tetapi antaramuka keseluruhan adalah lebih baik dan menarik untuk digunakan berbanding versi biasa.