Sebelas tahun yang lalu muka taip Roboto Sans dilancarkan oleh Google untuk digunakan pada sistem operasi Android 4 Ice Cream Sandwich. Ia direka khusus untuk memudahkan teks dibaca pada skrin peranti elektronik memandangkan majoriti muka taip yang wujud sebelum ini tidak serasi digunakan.
Hari ini muka taip Roboto Serif pula dilancarkan juga untuk keserasian digunakan pada skrin elektronik. Ia adalah muka taip kelima dalam keluarga Roboto yang turut mengandungi Sans, Mono, Slab dan Condensed. Bagi mereka ingin menggunakan Roboto Seri, muka taip boleh dimuat turun menerusi pautan ini.