Pra-Tempah Galaxy S22 Di Malaysia Kini Papar Tarikh Penghantaran Pada April 2022

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nampaknya, siri Galaxy S22 menerima permintaan yang agak tinggi di Malaysia. Walaupun masih pada peringkat pra-tempahan, kini ia memaparkan tarikh penghantaran untuk Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra pada 1 April 2022 kelak.

Ini bermakna, walaupun anda melakukan pra-tempahan pada hari ini, anda perlu nantikan lebih sebulan sebelum dapat mencubanya – iaitu pada awal April 2022. Sebelum ini, semalam, ia memaparkan tarikh 1 Mac 2022 untuk penghantaran, dan hari ini, pra-tempahan baharu dilihat diubah kepada 1 April 2022.

Buat masa ini, ia tidak diketahui mengapakah kelewatan ini berlaku. Mungkinkah disebabkan kekurangan stok untuk pasaran Malaysia, atau adakah kerana masalah semikonduktor yang membuatkan kekurangan stok peranti untuk dijual di seluruh dunia?

komen


© Amanz / 2022 Kami