Cari @ Amanz

Samsung menyokong pengecasan 45W pada Samsung Galaxy S22 Ultra dan Galaxy S22+ manakala pada Galaxy S22 hanya pengecasan 25W disokong. Adakah perbezaan kuasa hampir dua kali ganda menjadikan pengecas 45W Samsung berbaloi untuk dimiliki?

Menurut ujian yang dilalukan oleh Sammobile, pengecas 45W mungkin tidak berbaloi kerana tidak banyak bezanya dengan pengecas 25W. Dalam ujian mereka bateri Galaxy S22 Ultra boleh dicas dari 0-100% dalam masa 63 minit menggunakan pengecas 45W. Pada pengecas 25W pula masa yang diambil pula ialah sekitar 67 minit.

Oleh itu perbezaan hanyalah 4 minit yang langsung tidak memberikan kesan yang besar. Oleh itu sebenarnya pengecas 25W sahaja sudah memadai dan dijual pada harga lebih mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd