Nilai Pencurian Elektrik Untuk Melombong Kripto Di Malaysia Meningkat 45 Kali Ganda Sepanjang 2021

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu nilai Bitcoin melonjak naik dan ini membuatkan ramai mengambil kesempatan untuk melombong selagi keuntungan boleh diperolehi. Tetapi sepanjang 2021, Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad berjaya mematahkan operasi perlombongan kripto yang mencuri belakang elektrik bernilai RM 54 juta. Ini adalah peningkatan dari hanya RM 1.2 juta sepanjang 2020 yang merupakan peningkan 45 kali ganda.

Ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Sebanyak 570 kertas siasatan juga telah dibuka sepanjang 2021 berbanding hanya 20 kertas siasatan tahun lalu yang merupakan peningkatan lebih 28 kali ganda. Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang menjadi negeri pilihan untuk sindiket perlombongan haram melakukan aktiviti mereka kerana terdapat banyak kawasan industri.

Sumber Bernama

komen


© Amanz / 2022 Kami