Realme Malaysia hari ini mengumumkan Realme C35 untuk pasaran Malaysia, dan akan mula menjualnya bermula 21 Februari 2022 ini.
Realme C35 merupakan telefon pintar berspesifikasi asas daripada Realme. Ia hadir dengan skrin 6.58-inci, dijana cip Unisoc T616, memori 4GB RAM dan pilihan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 50MP, dan kamera swafoto 8MP. Melengkapkan ia adalah juga bateri 5000mAh yang dicas menggunakan USB-C.
Realme C35 ini hadir dengan sistem operasi Android 11, serta antaramuka Realme UI R Edition.
Di Malaysia, Realme C35 akan ditawarkan bermula 21 Februari 2022 ini, dalam dua variasi – dimana versi 64GB dijual pada harga RM649, sementara model 128GB pula dijual pada harga RM699.

Apa pun, ketika hari pelancaran, Realme menawarkan ia dengan diskaun RM100 untuk masing-masing model, terhad pada hanya 21 Februari 2022. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Shopee dan melihat penawaran Realme C35 ini.