Produk yang lebih mudah dikitar semula menjadi trend semasa kerana pengguna mula sedar sumber di bumi adalah terhad. Penggunaan bungkusan tanpa plastik dan rantaian bekalan yang lebih mesra alam turut digunakan bagi mengurangkan impak pencemaran. Casio Pro Trek PRW-61Y maju setapak lagi dengan ia diperbuat daripada bahan lestari jagung dan minyak sayuran.

Jagung dan minyak sayuran dari kacang kastor dijadikan bahan pengganti bahan untuk menghasilkan plastik. Oleh itu tubuh tahan hentakan dan tali jam diperbuat daripada bahan yang lebih mudah dikitar semula selepas tidak lagi ingin digunakan.

Seperti kesemua siri Pro Trek, jam tangan pintar ini tahan lasak dan hadir dengan pelbagai ciri seperti penjejak nadi, barometer, penjejak tapak, GPS, thermometer dan kompas. Jam tangan ini juga boleh mendapat frekuensi radio dan mendapatkan kuasa menerusi kuasa solar. Pada waktu ini harga jualan masih belum diumumkan.