Xiaomi Umum Kerjasama Dengan YouTube – Tawar Sehingga 3 Bulan Akses YouTube Premium Percuma

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini umum kerjasama dengan YouTube, sekaligus menawarkan akses YouTube Premium sehingga 3 bulan secara percuma untuk pengguna baharu. Xiaomi menawarkan promosi ini bersama pembelian peranti baharu terpilih sedia ada dan yang akan datang.

Untuk makluman, YouTube Premium menawarkan pengalaman penggunaan YouTube tanpa iklan, selain akses kepada YouTube Music. Bagi mereka yang tidak berdaftar lagi, anda kebiasaannya ditawarkan akses percuma selama sebulan – tetapi pembeli peranti Xiaomi akan menerima akses sehingga tiga bulan.

Buat masa ini, peranti yang boleh menebus akses percuma YouTube Premium (bagi pengguna baharu) adalah termasuk Xiaomi 11T Pro, Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite 5G NE, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S, dan juga Redmi Note 11.

Selain Xiaomi, pengeluar lain yang turut menyediakan penawaran lebih kurang sama adalah Samsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami