OnePlus TV Y1S Dan Y1S Edge Dilancarkan – Skrin FHD Dan Android TV 11

Diterbitkan pada Feb 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama dengan OnePlus Nord CE 2, OnePlus TV Y1S dan OnePlus TV Y1S Edge turut dilancarkan malam ini. Kedua-dua TV hadir dengan sistem operasi terkini Android TV11 yang menjanjikan sokongan aplikasi yang cukup baik.

Dua saiz skrin ditawarkan iaitu 32″ dengan resolusi 1366 x 768 pixel dan 42″ dengan resolusi FHD. Perbezaan antara model biasa dan Edge terletak pada piawaian TUV Rheinland dan kemasan logam pada bezel.

Kedua-dua model hadir dengan sokongan HDR10, HDR10+ dan HLG dengan audio pula adalah Dolby Audio. Pada Y1S sepasang speaker stereo 20W disertakan dan pada Y1S Edge pula speaker stereo 24W disertakan. Selain itu ciri pada kedua-dua peranti juga sama iaitu cip pemproses MediaTek MT9216, memori 1GB RAM dan storan 8GB.

Sokongan WiFI adalah sehingga 5GHz tetapi terdapat juga sambungan menggunakan LAN. Pilihan I/O pula ialah 2x HDMI, 1x composite, 1x optikal dan 2x USB-A 2.0. Seperti televisyen OnePlus sebelum ini, Y1S dan Y1S Edge boleh dikawal menggunakan palikasi OnePlus Connect 2.0.

Di India harga jualan OnePlus TV Y1S ialah ₹16,499 (~RM920) untuk 32″ dan ₹26,999 (~RM1506) untuk versi 42″. Harga jualan OnePlus TV Y1S Edge pula ialah ₹16,999 (~RM949) untuk 32″ dan ₹ 27,999 (~RM1563) untuk versi 42″

komen


© Amanz / 2022 Kami