Cari @ Amanz

Twitter memperkenalkan ciri menyematkan DM yang diterima hari ini di aplikasi Android, iOS dan Web. Menerusi ciri ini sehingga enam DM boleh disematkan ke dalam barisan “Pinned Conversation” bagi memudahkan pengguna meletakkan perbualan yang penting sentiasa di atas.

Pada aplikasi Twitter, pengguna perlu menatal DM ke kanan untuk memaparkan ikon pin. Selepas ditekan DM tersebut akan terus disematkan. Untuk menggunakan ciri ini pengguna perlu mengemaskini aplikasi ke versi yang terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd