Oppo Akan Melancarkan Tablet, Jam Tangan Dan TWS Serentak Dengan Find X5

Diterbitkan pada Feb 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo akan mengadakan acara khas di MWC Barcelona pada penghujung bulan ini dengan peranti Oppo Find X5 akan dilancarkan secara rasmi. Tetapi di China selain daripada peranti mercu dengan Snapdragon 8 Gen 1, tiga lagi peranti disahkan akan dilancarkan bersama pada 24 Februari.

Imej acah yang dikongsi oleh Oppo di Weibo menunjukkan sebuah tablet, jam tangan pintar dan TWS bersama dengan Find X5 dalam versi lutsinar. Oppo telah lama dikatakan akan melancarkan tablet pertama mereka dan kemunculannya amat dinantikan. Jam tangan yang dilancarkan kelak mungkin Oppo Watch 2 dan TWS pula mungkin Enco X2.

Acara akan diadakan di China maka kesemua produk ini belum disahkan untuk pasaran global. Di MWC Barcelona, Oppo mungkin menggunakan acara tersebut untuk melancarkan siri Find X5 dan Find N terlebih dahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami