Cari @ Amanz

Siri Realme 9 sedia diperkenalkan dengan penawaran beberapa model berbeza. Ini termasuklah Realme 9 Pro+, di mana buat pertama kalinya Realme hadir dengan variasi plus untuk rangkaian peranti pintar keluarannya. Ia juga hadir dengan beberapa penawaran menarik seperti skrin Super AMOLED 90hz, cip MediaTek Dimensity 920, Kamera 50MP dan banyak lagi.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Realme kini berkongsi mengenai perancangannya untuk hadir dengan edisi khas buat peranti berkenaan. Di mana, ia hadir dengan kemasan yang bertemakan permainan berjenis battle royal terkenal iaitu Garena FreeFire.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai spesifikasi peranti yang bakal ditawarkan masih tidak didedahkan. Namun, kita boleh menjangkakan ia masih kekal sama seperti versi sedia ada. Cumanya, ia mungkin disertakan dengan beberapa ciri yang membuatkannya tampak menarik. Misalnya seperti antara muka tersesuai, tema, ikon dan beberapa gambar latar yang bertemakan permainan tersebut.

Pada masa sama, ia juga berkemungkinan besar disertakan dengan kotak bungkusan peranti dengan idea pembuatan khusus seperti kebanyakan edisi khas peranti Realme sebelum ini. Apa-apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kelak.

Sumber : Realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd