Cari @ Amanz

Snapchat adalah perkhidmatan media sosial yang suatu masa dulu antara yang paling popular. Namun selepas banyak platform lain, satu demi satu mengintegrasikan ciri lebih kurang sama – Snapchat semakin dilupakan.

Walaupun begitu, pengguna yang setia masih lagi aktif pada platform ini. Tidak dinafikan yang sistem penuras, pelekat dan yang seangkatan dengannya adalah antara yang terbaik. Pengguna juga ada banyak pilihan yang banyak untuk menjadi lebih kreatif.

Kelak, Snapchat akan mula membenarkan pengguna menukar nama pengguna masing-masing di platform mereka. Ciri ini sebelum ini terhad di beberapa negara sahaja, pada 23 Februari akan datang ia akan ditawarkan kepada semua semua pengguna dan pengguna boleh tukar hanya sekali setahun. Melalui ciri ini, pengguna tidak lagi perlu mencipta akaun baharu hanya untuk nama lain.

Sedikit peringatan juga, selepas tukar – jika tahun depan pengguna ingin tukar lagi nama lama tidak lagi boleh digunakan. Cara menukar juga mudah, tekan sahaja ikon Bitmoji dann tekan ikon gear, dan tekan Username kemudian pilih Change Username.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd